TARBIAH KE ARAH KEPIMPINAN MUKMIN

January 28, 2011

Tajuk ini adalah untuk perbincangan mengenai isu kepimpinan dan kepentingan usaha usaha membentuk kepimpinan yang mukmin dan mempunyai ciri ciri kepimpinan yang terbaik. Ia mungkin menimbulkan lebih persoalan persoalan daripada memberi penyelesaian.Ia  di harapkan dapat memulakan perbincangan yang membina dan memberi kesedaran kepada semua,khusus nya pemimpin pemimpin.

Semua manusia adalah pemimpin atau ketua didalam bidang atau skop tertentu di dalam satu peringkat kehidupan nya.Apabila seseorang itu menjadi mukallaf di sebabkan oleh umur mumayyiznya maka dia mesti memimpin diri nya sendiri untuk melakukan ibadat dan ketaatan kepada Allah.Sekian hari dan waktu berlalu semakin luas ruang lingkup kepimpinan yang mesti di laksanakan oleh seseorang individu. Apabila dia berkeluarga dia mesti memimpin isteri dan anak- anak nya. Apabila di bidang pekerjaan dia mesti memimpin pekerja pekerja yang lain di bawah jagaan nya.Apabila dia berkecimpung di bidang keilmuan dan kepakaran, akan sampai pada suatu ketika dia mesti menjadi guru dan pemimpin kepada murid murid nya.Apabila dia hidup di dalam masyarakat dia mesti menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat tempat tinggal nya,mungkin sehingga menjadi imam, penghulu, penggawa, pegawai daerah, wakil rakyat, Exco , menteri dan lain lain jawatan.

Dalil dalil sedekah/infaq di jalan Allah

January 14, 2011

firman Allah dalam surah Muhammad ayat 38 bermaksud :

” ( ingatlah ), kamu ini adalah orang-orang yang yang bertabiat demikian kamu di seru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil maka sesungguh nya dia berlaku bakhil kepada diri nya sendiri dan ingat lah Allah Maha kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kamu semua orang orang miskin ( sentiasa berhajat kepada Nya segala hal ) dan jika kamu berpaling ( daripada beriman , bertaqwa dan berderma ) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”

Hadith Nabi:
sabda Rasulullah s.a.w. :-

maksud nya : ” Benteng harta kamu dengan berzakat, rawati sakitmu dengan bersedekah, dan persiapkan dirimu menghadapi ujian dengan berdoa.” ( At-Tobrani )

Kelebihan bersedekah

January 4, 2011

Kini kehidupan ku yang telah melebihi separuh kurun ku lalui dengan penuh azam agar lebeh baik daripada tahun tahun yang terdahulu.Namun apalah yang boleh di laksanakan apabila kecerdasan fizikal telah mula menurun , tidak seperti di kala umur belasan tahun.
Sebuah buku yang baru terbit telah memberi harapan dan menggembirakan aku dalam menambahkan amal dikala usia semakin senior.Tajuk buku ini ialah siri Wanita dan Syariah ;siri 1 Dakwah dan Harta susunan Ustazah Maznah Daud, beliau ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.
Diantara fakta yang sangat memberi harapan besar di dalam melaksanakan kewajipan dan mendapat ganjaran dalam beramal ialah pada no.8 mukasurat 31 dlam buku beliau yang berbunyi :
Anda tidak berpuasa tetapi mendapat ganjaran orang yang berpuasa
Anda tidak berdakwah tetapi mendapat ganjaran orang yang berdakwah
Anda tidak berjihad tetapi mendapat ganjaran orang yang berjihad
Bagaimanakah cara nya?
Bersedekah!

Nah! Lihat lah betapa besar nya pahala bersedekah.Ayuh kita berlumba untuk bersedekah.
Tunggu apa lagi…

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH DAN TAHUN BARU MASIHI

January 3, 2011

Didalam kesibukan dan ketenangan menerima rahmat Allah yang sentiasa di curahi Nya setiap detik dan saat aku berdoa supaya Allah menambahkan keimanan,kesejahteraan,ketaqwaan,keselamatan,keamanan,kemudahan,kesihatan dan panjang umur serta maghfirah kepada setiap makhluk nya. Semoga azam tahun baru kita laksanakan dengan lebeh bertenaga dan bersungguh sungguh, dengan izin Allah jua.

Azam tahun baru ku:

1. Menghafaz surah surah terpilih dalam al Quran.

2. Khatam bacaan al Quran

3.Tambah zikir harian

4.Tambahkan senyuman

5.Doakan kedua ibubapa,keluarga terdekat ( anak anak dan cucu serta yang akan lahir seorang lagi bulan depan), muslimin, muslimat yang hidup dan yang telah pergi kembali ke rahmatullah.

6.Melaksanakan KPI dalam kerjaya yang telah ditetapkan.

tarbiah diri

October 15, 2010

Agenda utama dalam kehidupan seseorang muslim ia lah memastikan tahap keimanan nya dan perhubungan nya dengan Allah sentiasa dekat dan merasakan Allah sentiasa melihat apa sahaja yang di lakukan. Setiap hari seseorang muslim mestikan mewajibkan ke atas dirinya untuk beristighfar kepada Allah , dengan itu dia tidak akan lalai dari tanggungjawab sebagai hamba Allah.Tarbiah diri tidak akan dapat di laksanakan seorang diri bahkan kita di galakkan supaya berjemaah, contohnya solat berjemaah agar mendapat pahala berlipat ganda. Kehidupan secara berjemaah amat penting dalam melaksanakan tarbiah diri , ini kerana kita sentiasa di beri nasihat dan tunjuk ajar di dalam memperbetulkan dan memajukan diri kita demi kebahagiaan di dunia lebeh lebeh lagi di akhirat kelak.

Mari kita berusrah, berjamaah dan sama sama berjihad di jalan Allah dengan apa sahaja kekuatan yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita…

My first Grandchild

April 10, 2010

My first grandchild, a grandson was born about 3 months ago,may Allah bless him with a lot of bounties ( rezki ) and the most important is the Iman.

These are prayers and doa from a grandma.

Prayers and doa for our younger generation is part of tarbiah.

Saying lullabies ( la ilaa ha illa Llah repeatedly ) when holding the newly born baby is inculcation of Aqidah Islam to him.

The baby can hear and remember in his mind.

Insya Allah my grandson will be the Imam of tomorrow.

my grandson

April 9, 2010

i’m busy.
i have a grandson to look after. (see pictures)

Perkahwinan yang ‘ideal’ dan hubungan nya dengan tarbiah

February 5, 2010

Sebelum di syariatkan oleh Islam hal hal berkaitan dengan ‘Tarbiatul aulad’, maka di kaitkan dengan perkahwinan dalam Islam. Beberapa perkara berikut adalah di bentangkan tentang perkahwinan :
1. Perkahwinan ialah fitrah atau ‘natural’ bagi Manusia.
2. Perkahwinan adalah maslahat sosial.
3. Perkahwinan adalah pertemuan dan pilihan.

Sesungguhnya Syariat Islam memusuhi sifat kerahiban ( tidak bernikah kahwin dan hidup bersendirian) kerana ia adalah bertentangan dengan fitrah manusia.
apabila di katakan perkahwinan dalam Islam ia lah fitrah manusia atau fitrah insaniah maka setiap individu Muslim mempunyai kewajipan yang lebih besar apabila seseorang muslim itu melahirkan zuriat hasil daripada perkahwinan dan diberi oleh Allah anak anak dan tugas tarbiah serta penjagaan terhadap kedua ibu bapa nya.
( RUJUKAN : Buku Tarbiatul aulad Fil Islam karangan Abdullah Nasih Uluwan )

TARBIATUL AULAD FIL ISLAM / PENDIDIKAN ANAK ANAK DALAM ISLAM

January 23, 2010

SUDAH BEBERAPA HARI KU TIDAK BLOGGING. INI DI SEBABKAN AKU TELAH DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH DENGAN AHLI KELUARGA YANG BARU, KELAHIRAN CUCUKU YANG PERTAMA PADA PUKUL 5.20 PETANG, RABU 13 JANUARI 2010. AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH DENGAN SEGALA PEMBERIAN NYA DAN INSYA ALLAH DALAM PENULISAN SETERUS NYA KU AKAN FOKUS KEPADA TAJUK TAJUK DALAM TARBIATUL AULAD. (PENDIDIKAN ANAK ANAK DALAM ISLAM )

sumber sumber tarbiah Islam

January 9, 2010

sumber sumber tarbiah Islam adalah daripada Allah snw yang telah menurunkan ajaran Islam melalui Nabi Muhammad , Rasulullah SAW , ia itu ;
i) Al Quran
ii) Hadith
Kedua dua sumber utama tarbiah Islam ini di guna pakai oleh umat Islam daripada mula mula diturunkan ajaran Islam oleh Allah sehingga hari kiamat. Adalah di wajibkan ke atas semua umat Islam untuk mempelajari dan menghayati tarbiah Islam dalam dirinya, kemudian di ajar kepada keluarganya ,dan di sebarkan kedalam masyarakat.

Untukmemahami secara betul dan mendalam tentang ajaran al Quran dan hadith hadith,maka wajib setiap orang Islam mempelajari daripada guru atau berguru atau dipelajari dalam kumpulan kumpulan kecil dan di ketuai oleh seorang naqib atau naqibah. Kumpulan atau unit unit kecil ini di namakan kumpulan usrah.